Hai kawan2!~
Dikesempatan ini Cik D nk ucapkan ~SELAMAT TAHUN BARU 2013~
Apa azam kawan2 tahun 2013?harap2 azam tahun 2012 telah tertunai dan kawan2 melalui hari2 yg indah sepanjang tahun 2012..emm..sekejap je masa berlalu..~
Ok laa...sempena tahun baru 2013, Cik D nak mula berkongsi tentang makanan & kesihatan.. :)
Harini, Cik D nak kongsi satu jenis minuman yg baik untuk minda kita..haa..sekarang ni Cik D dah byk lupa benda..yg paling geram tu bila lupa appointment dgn customer..aduh..ni xleh jadi...
So, haritu 30/12/2012 ada pembukaan rasmi sebuah Hypermarket baru di Senawang..namanya KipMart..KipMart ni ala-ala tesco gitu...ada bermacam2 kedai dibuka di dalam pasaraya tersebut..Cik D kena join sebab company Cik D dipanggil utk bekerjasama menjayakan program ini..Ada Dato' Dr. Fazley Yaakob ok...ala..yg penyanyi+pelakon+MasterChef Malaysia tu..hehe...
Ok la..bukan itu yg Cik D nak citer sgt..ni citer pasal minuman ni Smart Coco A+. Minuman ni dikatakan "..adalah formulasi istimewa yang berpotensi untuk meningkatkan daya ingatan. konsentrasi minda, peredaran darah serta sebagai ejen antioksida."
(Cik D jupa kedai jual minuman ni masa tgh edar2 flyers sambil2 cuci mata..hehe)
Bahan2 yang terkandung dalam minuman ini adalah :
SERBUK KOKO;
1) mengurangkan risiko penyakit sistem peredaran & pernafasan
2) meningkatkan kadar kolestrol baik HDL dari LDL
3) mengurangkan risiko penyakit jantung
4) mengurangkan risiko penyakit darah tinggi
5) menenangkan
KISMIS;
1) antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan
2) baik untuk minda
KURMA;
1) baik untuk penghadaman makanan
2) memberi tenaga kepada badan manusia yang lesu
3) baik untuk wanita sebelum & selepas bersalin
4) baik untuk tumbesaran otot
5) membantu penyakit sembelit, penyakit usus & masalah jantung
MALT; bahan yang baik utk fiber, vitamin, mineral, protin & antioksida
MADU;
1) Antioksida & baik untuk kecantikkan kulit
2) menenangkan, anti fungi & berkhasiat
3) membaikpulih tisu badan & menjaga tahap kalsium dalam badan
4) anti-bakteria baik untuk masalah dalaman & luaran
5) meningkatkan daya ketahanan badan
GINKGO BILOBA;
1) mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda & memperbaiki sistem peredaran darah
2) terdapat 2 jenis antioksida i.e. Flavanoids & Terpenoids - mengurangkan/menghalang radikal bebas dalam badan yg dipercayai menjadi punca penyakit spt sakit jantung, kanser, alzheimer's dan lain2 penyakit lupa/hilang ingatan.
Ok..kat atas ni adalah bahan dan khasiat yg terkandung dalam Smart Coco A+.. yg penting ia HALAL dan buatan Malaysia. Sokong produk Malaysia ya! ;)
![]() |
| Inilah rupanya minuman SMART COCO A+.. |
Harga di pasaran RM21.00 untuk Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak RM25.00, Brunei & Singapore $14.00. Kawan2 juga boleh pergi ke kedai2 jamu (biasanya) ada menjual minuman ini dan boleh dapat pada harga lebih rendah. Cik D dapat RM18.00.. ;)
Ok la..selamat mencuba...InsyaAllah tidak memudaratkan..Sesuai utk adik2 yg masih belajar, org2 dewasa & org2 tua..
Take care!~ (",)
XoXo,
Cik D~

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.